Lonely..
"Apa macam?" Kening diangkat sekata dengan senyuman dibibir. Wajah si teman dipandang dengan debar dihati.
"Siapa ni?" Gambar seorang lelaki di sua kepada Atikah. Tidak mengerti dengan pandangan dan penjelasan yang diberi!
"Handsome,kan!" Atikah tersenyum manja. Maya hanya melihat dengan wajah jeliknya. Geli dengan tindakan Atikah yang tiba-tiba mengada.
Maya terus saja merampas gambar lelaki yang memakai kot hitam dari tangan temannya, Atikah. Meneliti segenap ruang yang ada pada lelaki itu. Wajahnya boleh tahan macho! Gerakan mata terhenti. Mindanya memproses idea dan alasan yang ada ketika ini. Takkan lah!
"Entah-entah...dia ni.."
"Betul! Cute kan dia. Macho, kan.."
"Ya Allah.Betul ke. Tahniah ye..." Bibirnya terus saja mengukir senyuman manis manakala hatinya bagai tidak percaya yang Zawana Atikah, temannya sudah punya teman lelaki!
"Err, apa yang kau ucap tahniah tu?"
"Tak sangka kau dah jumpa teman hidup kau ye.. aku tumpang gembira." Atikah kaget! Gila Maya ni!
"Ha? Bila masa pulak dia teman hidup aku?!"
"Laa, kau baru kata tadi."
"Ya Allah! Dia ni abang aku la Maya oii.." Atikah tepuk dahi. Lain yang ingin disampaikan, lain pula yang sudah sampai!
Maya ketawa mengekek. Abang Atikah rupanya. Ingatkan kekasih gelap dari disko tadi. Maya bermonolog sendirian dalam hati. Mau mampus kalau Atikah dengar kata hatinya ketika ini!
"Dah jangan ketawakan aku lagi! Ni aku nak offer kau pasal abang aku!" Kening Maya terangkat dengan sendirinya namun senyuman dari bibir masih lagi mekar.
"Offer apa?"
"Offer mana tau kau tersangkut kat dia. Boleh la berkahwin terus."
"What?!" Atikah terus-terusan ketawa manakala Maya sudah buat muka cuaknya. Mana bisa dia berkahwin waktu ni padahal dia masih lagi memusuhi kaum adam!
"Kau jangan main-main Tikah. Aku pelengkung karang kau punya kepala nanti."
"Dah la. Aku offer abang kau pun kau marah. Malas la layan si peguam profesional ni!" Maya mencebik. Menjeling Atikah yang masih menyindirnya.
Tok..tok..tok
Bunyi ketukan pintu menyedarkan Maya dari lamunan. Masih lagi dia teringat kejadian 2 hari lepas ketika dia meluangkan masa bersama Atikah. Kini teman akrabnya itu sudah berlepas ke London menghadiri perbincangan antara dua keluarga misteri.
"Come in." Setiausahanya, Alia mula memasuki ruang kamar pejabatnya.
"Miss Maya we have discussion with our clients at 4.30 pm."
"Which clients." Buku rujukan disemak. Satu persatu kes yang telah diselesaikan dilihat. Mahu mencari pelanggan yang meminta khidmat peguamnya.
"Encik Syahrul Iskandar..."
__________________________________________________________________________
"That very cool!"
"Kau semuanya cool. Ugly betty yang sememangnya ugly tu pun kau kata cool."
"Tapi kali ni sememangnya cool. Cantik sangat tu. Kau tengok baik-baik."
Puk..
Pen milik si teman selamat mendarat di atas kepala Fardian. Mengetuk kepala yang sememangnya bodoh apabila terlihat perempuan!
"Hoi, awat hang ketuk aku? Aku ketuk hang punya baru hang rasa!"
"Aku ketuk hang sebab hang tu dah blurr sangat." Loghat kedah mula keluar dari mulut kedua-dua orang teman akrab. Masing-masing menjegilkan mata.
"Aku nak kau tengok mana satu yang cantik! Betul-betul cantik! Dalam better ada good, dalam good ada best!" Fadrian ketawa mengekek dengar kata-kata 'azimat' dari Syahrul.
"Kau kan producer, tentu la kau tahu kan!"
"Kau ni tak boleh diharap betullah! Lebih baik aku panggil orang gila dari kau. Sekurang-kurangnya orang gila tu pandai la pilih." Satu persatu model yang memperagakan design fesyen terbaru dari pereka profesional negara, Radzuan Radzwill. Satu model pun tidak menarik perhatiannya walaupun fesyen yang ditampilkan nampak elegent.
"Aku rasa aku dah jumpa yang the best." Syahrul segera bangkit. Mahu penjelasan dari Fadrian tapi mata temannya bukan melihat keatas pentas tapi melihat kearah membelakanginya.
"Wow! She is an angel!" Segera Syahrul berpaling ke belakang studio. Ada dua orang wanita yang berjalan menuju kearah mereka. Satu nampak snatai memakai pakaian pejabat dengan rambut paras bahu yang tidak diikat. Satu lagi memakai pakaian pejabat dan cermin mata yang setebal 2 inci. Ish, mana satu yang Fadrian pilih ni?!"
__________________________________________________________________________
Kepala disandarkan pada sebuah batu besar. Rambut pula cuba diikat dengan kemas supaya tidak nampak kusut. Selepas itu mata ditekup sekuat-kuatnya! Bayangan Syahrul menjelma dikotak fikiran. Menambahkan kekusutan yang sedia ada!
Ah, bayangan dia lagi. Batu kecil dilemparkan sejauh-jauhnya. Seolah batu yang dilemparkan tadi merupakan masalah yang dilempar dari kotak fikiran.
Maya tersedar! Dan dia sedar. Selama ini, dia hidup dengan bayang-bayang sendiri. Tiada seseorang yang prihatin terhadapnya melainkan Atikah dan Ibu Iza. Mamanya sudah lama meninggal dunia. Meninggal kerana penyakit barah perut yang dialami setelah melahirkannya. Dia keseorangan. Keseorangan tanpa kasih sayang dari keluarga.
Kasih sayang yang selama ini dia punya tak mampu diraih sepanjang masa. Atikah punya kehidupan sendiri dan masalah sendiri. Dan taman akrabnya itu juga tidak selalu berada di Malaysia meskipun mereka banyak menghabiskan masa bersama. Ibu Iza pula punya keluarga sendiri di Kedah. Keluarga yang kaya-raya. Punya suami dan anak-anak dicintai. Ibu Iza mengambilnya anak angkat tanpa memberitahu keluarganya dan 'menyorokkannya' di Kuala Lumpur. Ibu Iza juga tak selalu menghabiskan masa bersama dia.
Ah pokoknya dia cemburu. Cemburu dengan seseorang. Cemburu kerana orang itu telah mengambil semua kasih sayang yang patut dia miliki suatu ketika dulu. Syahrul Iskandar! Ya, lelaki itu yang merampas segalanya. Tan Sri Akwin, lelaki itu yang membuat mamanya dan dia menderita 20 tahun dahulu! Sakit yang tiada penawarnya sudah bengkak sebenarnya dan terus berkembang dalam hatinya. Ianya kini sudah menjadi dendam yang membara seolah api-api yang sudah lama dihidupkan semenjak dia lahir.
Air mata yang dipendam dalam hatinya terus mengalir di pipinya. Namun langsung dia tak sentuh air mata itu. Air mata itu hangat mengalir di pipnya meskipun dia tidak menyentuh. Seolah ada api dalam air!
"Mama, cantiknya. Tengok kerang ni!"
"Yes honey, memang cantik."
"Nak bawak balik boleh tak?"
"Everythings for you." Air matanya laju mengalir melihat telatah si ibu yang melayan anaknya. Dia melarikan diri ke Port Dickson hanya semata-mata mahu menenangkan hatinya yang sakit!
__________________________________________________________________________
Me - Mengapa perlu mencari dendam yang hanya akan menyesatkan kita? Buat apa untuk berdendam? Kepuasan hati? Kepuasan diri? Namun langsung tak puas jika kita menerima siksaan di dalam kubur mahupun neraka sebaik saja menghapuskan mereka. Cubalah untuk menjadi seorang pemaaf. Manusia lain tak layak untuk menghukum manusia lain melainkan Allah.
__________________________________________________________________________
nota kaki = sorry la pada semua pembaca, baru hari ni sempat nak update. Busy memanjang. Pening kepala tau. Cuma cerita Taman Hati Maya lambat nak update. Sorry ye.
Kesulitan amat dikesali..
Nadhiara..Maisara