My Playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Arigato..

Salam semua dan salam 1Malaysia!!

Thanks sangat-sangat sesiapa yang sudi singgah ke blog ni.. Ucapan terima kasih tak terhingga. Firstly, saya nak minta maaf kerana tidak meng'update' apa-apa entry semenjak oktober tahun lepas. Ini kerana otak saya di masuki virus-virus lupa. Saya terlupa yahoo id dengan password nyer sekali. Memang rungsing!

Tetapi, baru-baru ni saya bukalah diari lama saya. Tak sangka ada yahoo id dengan password nyer sekali. Memang bersyukur teramat sangatlah.

InsyaAllah la, saya akan update sepantas kilat..hehe
Sesiapa yang pernah lawat blog lagi satu tu, terima kasih yer!!

sekian terima kasih..

Ayu Neiya.

'I m not Ara Maisara but Ayu Neiya..'

Sabtu, 15 Ogos 2009

Prolog ~Espionage~

~Espionage~


"Maya..." Tangannya lincah mengesat air mata sebaik saja rakan baiknya mula menjengulkan diri dalam kamarnya. Muka yang ceria sengaja dipamerkan untuk menutup kesakitan sekian kali hatinya.

"Hey, Tikah. Meh la masuk." Tiada sebarang reaksi yang dipamerkan. Cuma wajah kegusaran yang terbentuk diwajahnya.

Sepantas kilat Maya bangun dari birai katil lalu menarik tangan rakannya yang berdiri tegak seperti patung di muka pintu. Wajah senang dengan kehadiran rakannya dipamerkan lalu diusap-usap tangan Atikah yang lembut.

"Apa khabar sekarang? Sihat nampak. Makin berisi sekarang ye." Perlahan-lahan tangannya ditarik dari terus diusap Maya. Wajah tidak senang mula termukim dihati.

"Kau nangis lagi?" Tersentap terus jantung Maya dengan soalan itu. Wajah pura-pura ceria di tunjukkan depan Atikah. Walaupun dia tahu susah sekali hendak menipu Atikah yang bertahun sudah mengenalinya.

"Tikah, sekali-sekala dalam hidup kita perlu juga menangis. Tak semua orang gembira." Maya terus meluahkan apa pendapat hatinya tentang menagis. Mungkin itu akan membuatkan Atikah Farhana akan diam sedikit.

Satu keluhan berat terbit dari bibir Atikah. Sekarang Maya bukan lagi Maya Arissa yang dahulu. Meskipun sudah dewasa dan layak untuk berkahwin namun satu-satunya sikap yang tidak dapat diubah oleh orang lain ialah kuat melawan. Apabila Maya melawan, pasti akan mengeluarkan idea yang bernas bukan melawan main sedap mulut je. Inilah yang membuatkan dia mati akal untuk menasihatinya.

"Yelah, menangis tu menagis la juga tapi jangan sampai 24 jam menangis je." Atikah menyindir rakan sebelahnya yang sibuk menguis-menguis kertas diatas lantai. Kes berangan lagi lah tu.

"Amboi, mulut kau ni makan cili juga ye. Ingatkan makan tomato je." Maya menjeling dari sebelah. Menyampah dengan sikap Atikah yang pandai menyindir walaupun orangnya suka makan tomato.

"Yela tomato baik untuk muka. Nanti tak ada jerawat. Comel. Like me." Letusan tawa dari Maya sedikit sebanyak menghilangkan gusar yang termukim dihati Atikah. Melihat kawannya gembira, dia juga tumpang gembira.

"Amboi, cik peguam kita ni ketawa macam puntianak je. Nak sangat jadi puntianak?" Atikah hanya menggeleng dengan sikap periang Maya macam kanak-kanak rabina. Comel dengan senyuman manis yang terukir dibibir yang cukup menawan itu.

"Tikah, kau lapar tak? Nak makan?" Sebaik saja bab makanan disentuh, terus saja perut Atikah berbunyi. Tahap kelaparan sudah menjelmakan diri.

"Dahsyat betullah perut kau ni. Sebut saja pasal makanan, terus band yang ada dalam perut kau ni menyanyi. Nyanyi lagu rock yang entah apa-apa lah." Tangan Atikah selamat mendarat di peha milik Maya. Terjerit kecil Maya dengan penangan yang langsung tiada chance nk mengelak.

"Sakitlah Tikah. Bengkak aku punya peha. Seminggu belum tentu sembuh tau." Maya menjeling rakannya yang ketawa mengekek. Geram dengan ketawa tu.

"Sudahlah. Jom makan. Mungkin ibu iza dah masak kot." Segera Atikah bangun dari katil. Bersemangat seperti askar mahu pergi perang. Mestilah bersemangat. Siapa yang tak kenal dengan masakan paling sedap air tangan ibu iza merangkap ibu angkat kepada Maya.

"Let's go!!"

****************************

"Ara. Bos panggil!" Suara lunak Naziatul mengejutkan Nadhiara yang sedang menghirup air nescafe panas pada pagi hujan itu.

Terkoncoh-koncoh dia meletakkan air nescafe lalu mengambil fail yang sepatutnya dia beri pada Encik Syahrul Iskandar namun keinginannya yang mahu menghirup air nescafe panas lagi menguasai hati.

"Kesian bos kita."

"Kenapa pulak? Aku tengok dia sihat walafiat je." Satu ketukan singgah dikepala Emy. Memang bengap!

"Yelah. Selalunya setiausaha yang cari bos, tapi ni terbalik pulak. Bos yang cari setiausaha. Ish.." Suara menyindir dari Naziatul masuk cuping Nadhiara. Dia hanya mampu menjeling tajam kearah teman sepejabatnya yang gemar menyakat dan menyindir orang. Tapi hatinya tetap baik.

"Oh..yelah. Kesian Encik Syahrul tu." Emy buat muka sedih dihadapan Nadhiara yang baru lalu dihadapannya. Tergesa-gesa menuju ke kamar 'small bos'.

"Hei. Nanti aku bagitau Encik Syahrul yang korang bersembang je! Nak potong gaji?" Nadhiara bercekak pinggang dihadapan dua makhluk Allah yang asyik nak menyindir je orang. Kalau bagi ugutan memnag terus kembali ke tempat duduk masing-masing sepantas kilat. Lesap terus dari pandangan mata.

Disitu, Nadhiara hanya ketawa mengekek melihat reaksi teman-teman sepejabat.

Dalam pada yang sama, Encik Syahrul hanya tersenyum manis melihat Ara ketawa sebegitu. Tawa itulah yang membuatkan dia makan tak kenyang, mandi tak basah tidur pun tak lena. Gadis bercermin mata bulat itulah membuatkan dia angau sampai sebegitu sekali!

**********************

"Ermm, sedapnya auntie. Tak rugi tau Tikah datang hari ni" Ibu iza hanya mengeleng melihat Atikah yang enak menjamu selera. Ikan masak merah dengan nasi tomato. Memang menggiurkan.
"Woi. Anak siapalah ni? Gelojoh betul makan." Ayat yang dikeluarkan dari mulut Maya meledakkan ketawa dari Atikah. Kelakar dengan reaksi Maya terhadapnya.


"Kau ni Maya, tiru je ayat dari tv 9. Kesian tau diaorang" Sisa ketawa masih lagi memenuhi bibir mungil Atikah. Nasib baik ketika itu dia sudah habis makan kalu tidak, mahu semua nasi tersembur keluar.


"Apasal pulak. Sukahati akulah nak tiru ayat mana." Jelingan dari Maya membuatkan ibu Iza tersenyum manis. Sudah lama sekali anak angkatnya tidak nakal sebegitu.


"Yelah, kalau kau dah ciplak ayat diaorang, mana nak cari ayat lain." Lawak dari Atikah mengundang tawa ibu Iza yang hanya memerhati dari tadi.


"Sibuklah kau ni. Dah cepat habiskan makanan kau tu, nanti kita berbual kat depan." Mata ibu Iza hanya memerhati setiap langkah anaknya menuju ke ruang tamu.

Dia tahu dan dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena tentang anak angakatnya kebelakangan ini. Sudah mengambil cuti sakit sebulan tapi jarang ada dirumah. Jika mahu keluar, ada saja alasan yang sudah terpatri di minda anak angakatnya. Itu dia mesti selidik!


Anak matanya menghadap muka televisyen namun otaknya dan rohnya tidak berada disitu. Pening..memang pening! Maya tidak tahu apa alasan yang sesuai untuk diberi kepada ibu angkatnya supaya dia pergi dengan aman?


Maya pasti ibu angkatnya akan menentang sekerasnya jika tahu dia mahu pergi dari sini sementara. Sebenarnya dia tidak pasti, dia mahu pergi sementara untuk apa? Bersembunyi? Dia tidak tahu apa yang ada dalam kepala otaknya mahupun hatinya ketika ini.


"Hoi!"

"Tak guna punya minah!" Segera Maya meluncurkan kata-kata kepada mahkluk tuhan yang tak reti sapa baik-baik ini. Memang tak makan saman betullah!


Atikah hanya ketawa mengejek melihat Maya terkejut sebegitu. Segera dia mengambil tempat disebelah rakannya yang asyik dengan dunia tersendiri.


"Siapalah laki yang sungguh tak bertuah dapat kau ni!" Sapaan sinis dari rakannya dibalas jelingan dari Atikah.


"Apahal pulak? Siapa yang dapat aku ni, dia bertuah tau." Atikah membanggakan diri depan rakannya.


"Yelah. Kau tahu tak, kalau kau sapa suami kau macam ni setiap hari gerenti dia terus cabut lari. Yelah bininya nak sangat dia cepat mati!"


"Mana ada. Isteri mana yang nak suaminya cepat mati? Cepat bagitahu aku!" Segera Atikah menjawab. Sesedap rasa saja Maya menyindirnya.


"Kaulah tu Tikah. Nak sangat suami kau cepat mati!" Membuntang Atikah mendengar. Gila!


"Yelah, kau asyik sergah dia setiap hari. Mau mati dia nanti." Ketawa dari Atikah meledak kuat. Mulut tak de insuran betullah si Maya ni!



"Diamlah kau ni! Ketawa macam mak lampir tahu tak! Mak lampir pun kalah dengar ketawa kau macam ni!"


"Sah la kalau tak de laki yang nak kat kau ni! Ketawa separuh volume dikeluarkan!" Maya menyambung kembali ayat sindirannya. Rimas dengan ledakan ketawa dari Atikah.


"Mana ada! Cinta sejati tu pasti ada tau dan itu hanya untuk aku sorang je!" Kata-kata yang keluar dari mulut rakannya membuatkan Maya ingin termuntah. Percaya sangat benda karut tu!


"Marapu! Ada lagi ke cinta sejati tu?! Tak percaya aku!"


"Tak percaya sudah. Yang penting, ada untuk aku!" Kata-kata Atikah hanya disambut dengan senyuman sinis dari Maya.


'Mimpi! Mana ada cinta sejati! Kalau ada pasti cinta itu tak buat mama aku menderita!" Menggelegak hatinya memikirkan hidup dia dan mama kandungnya belasah tahun lalu. Maya sudah tekad. Dendam itu sudah tersimpan kemas dalam hatinya. Dia akan pastikan hidup seorang lelaki yang bergelar ayah akan musnah ditangannya! Itu dia pasti!


****************************

Me said :



Apabila cinta pandang pertama yang menjelma, jangan biarkan dia lepas dari hidup. Sesungguhnya kata orang itulah cinta sebenar kita yang membawa alam kebahagian. Namun apakah erti cinta yang kedua? adakah itu akan memberi kehancuran? Perkataan yang salah untuk untuk pandangan orang lain. Yang dirasakan cinta sejati itu, adalah cinta yang membawa kita arena dan pilihan untuk menempuh dugaan. Ingat satu perkataan yang sesuai untuk semua ' Wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik' dan 'Wanita yang jahat hanya untuk lelaki yang jahat'. Untuk memilih yang terbaik, perbaiki diri sebelum orang lain. Dan cinta sejati itu, insyaallah pasti ada. Berdoalah.

Salam ikhlas :

Nadhiara Maisara (Ara Maisara)

0 Complaint..:

Sweet Memory Love © 2008 Por *Templates para Você*