My Playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Arigato..

Salam semua dan salam 1Malaysia!!

Thanks sangat-sangat sesiapa yang sudi singgah ke blog ni.. Ucapan terima kasih tak terhingga. Firstly, saya nak minta maaf kerana tidak meng'update' apa-apa entry semenjak oktober tahun lepas. Ini kerana otak saya di masuki virus-virus lupa. Saya terlupa yahoo id dengan password nyer sekali. Memang rungsing!

Tetapi, baru-baru ni saya bukalah diari lama saya. Tak sangka ada yahoo id dengan password nyer sekali. Memang bersyukur teramat sangatlah.

InsyaAllah la, saya akan update sepantas kilat..hehe
Sesiapa yang pernah lawat blog lagi satu tu, terima kasih yer!!

sekian terima kasih..

Ayu Neiya.

'I m not Ara Maisara but Ayu Neiya..'

Ahad, 2 Ogos 2009

Sinopsis Taman Hati Maya.

Maya Arissa, seorang gadis yang dahulunya hanya gadis kampung. Dirinya terdahulu sering diejek tetapi sekarang tiada siapa yang dapat pertikaikan lagi sebagai seorang peguam bekerjaya! Namanya gah disebut-sebut dan wajahnya sering muncul di Makamah. Namun, hidup tidak semanis yang diimpikan, Maya kemudian mengetahui kisah silam arwah ibunya dengan seorang lelaki bernama Akwin. Siapa sangka dia mempunyai ayah yang tidak bertanggungjawab! Hanya kemiskinan, ayahnya sanggup mendustai cinta mereka.

Syahrul Iskandar, seorang jejaka kacak paras rupa, baik budi pekerti membuatkan semua gadis terlena dibawah angan-angan. Namun hatinya bukan pada mereka semua, hatinya hanya pada Nadhiara Syazana.

Nadhiara Syazana, gadis bercermin mata yang comel. Sering membuat orang disekelilingnya tersenyum bahgia dengan telatah yang sudah sebati dalam dirinya. Siapa sangka, ada rahsia disebalik wajah Nadhiara. Yang comel menjadi pemuram, yang cantik menjadi pendendam. Itulah cerita mereka.

Maya Arissa pula hilang tiada khabar. Apa yang sebenarnya terjadi? Apakah rahsia yang dipendam Nadhiara? Syahrul pula bagaimana? Siapa pula pendendam yang dimaksudkan? Nantikan dalam Taman Hati Maya..

Maya Arissa: "Aku cuma nak hak aku balik! Hak aku sebagai anak dan hak ibu aku sebagai isteri!"

Nadhiara: "Bukan aku yang minta untuk dicintai, hanya sekadar cuba menjauhi!"

Syahrul : "Siapa kau sebenarnya? Manusia yang dihantar menyakitkan atau membahagiakan?"

0 Complaint..:

Sweet Memory Love © 2008 Por *Templates para Você*